Alhamdulillah baru sahaja pulang dari Kursus Penggerak Belia Selangor di Kuala Kubu Bharu. Dalam kepenatan yang masih belum reda, tiba-tiba dimaklumkan Dr Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Perlis sedang cuba ditahan oleh 'petugas-petugas' Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di rumah yang beliau selalu hadir memberi tazkirah, beberapa buah rumah daripada rumah orang tua saya...opss.Pengalaman ini akan dikongsikan kemudian.
Berbalik kepada kursus belia tadi, di sini dapat saya kongsikan beberapa pandangan saya berkenaan pemerkasaan belia di Selangor, khususnya setelah Agenda Baharu Kerajaan Selangor mengorah langkah menggantikan dasar lama.
Selingan : Pak Menteri pun sudah akui belia boleh matang berpolitik, so apa lagi?buang lah segala kekangan.Pertamanya pandangan belia di peringkat akar umbi harus diambil kira dalam apa jua perancangan pembangunan, peruntukan bajet, kemudahan infrastruktur di peringkat pihak berkuasa tempatan (pbt). Pandangan ini tidaklah bermaksud Pbt harus bertemu dengan semua belia untuk melakukan sebarang perancangan, namun dasar dan polisi pbt haruslah dengan kata lain "youth friendly".
Saya mengambil contoh mudah. Kepesatan pembangunan dalam bandar-bandar di Selangor malah di seluruh negara seringkali mengakibatkan keperluan-keperluan infrastruktur yang sinonim dengan pergerakan belia menjadi korban. Lihatlah berapa banyak padang bola sepak, kawasan lapang, padang permainan yang harus memberi laluan kepada pembangunan perumahan dan komersil.
Tambahan pula kemudahan rekreasi yang berbaki yang tidak mendapat pembelaan. Dimana lagi belia-belia harus pergi?.Belia yang tinggal di kawasan padat tiada lagi tempat untuk menjalankan aktiviti mereka. Bayangkan belia yang tinggal di perumahan kos rendah dengan saiz keluarga yang besar ditambah rumah yang kecil. Duduk di rumah sempit, padang bola tiada..apa lagi nak buat? Ambil kunci motor, keluarlah berjalan-jalan.
Ahli majlis dan jabatan-jabatan dalam Pbt harus lebih peka, bukan saya menuntut pendengaran terbuka dilakukan setiap kali perancangan dilakukan, tetapi bersikap "Youth friendly"lah sikit.....kerana tidak rugi berasa muda.
(Atas) Kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya yang dituduh membuat salah kerana memanggil wakil rakyat di dalam satu forum mahasiswa. Gambar sidang akhbar di Dewan Negeri Selangor 2008.Kedua mentaliti manja, suap, tongkat, kerja kerana wang harus dibuang daripada generasi belia baru. Mindset menanti peruntukan baru boleh bergerak adalah doktrin lama. Apalah ruginya belia dilatih berdikari, bersusah payah untuk menjalankan sesuatu perancangan. Kesusahan itulah yang mendatangkan kepuasan dan kreativiti sebenar belia.
Dalam konteks ini, jika benar kerajaan negeri atau Pbt kurang peruntukan untuk membantu belia, janganlah memberi janji meminta belia menunggu peruntukan cukup.
Bimbing, berikan semangat dan jalan untuk belia berusaha sendiri. Wang boleh dicari. Kreativiti belia akan meletus jika diberikan cabaran.
Satu lagi contoh, bertahun-tahun padang hijau di satu kawasan rosak teruk dan perlu memakan belanja besar untuk memperbaikinya. Bertahun-tahun satu persatuan belia tempatan memohon. Wakil rakyat bertukar silih ganti. Peruntukan belum cukup.
Mengapa persatuan belia itu tidak mengambil langkah kehadapan untuk berdikari, mencari jalan lain mendapatkan wang memperbaiki padang tersebut?. Senang jawab, Pbt tersebut berkata "Tunggu jangan buat apa-apa, peruntukan belum cukup". Ini lah yang menjadikan persatuan belia lesu dan semangat menjadi pudar.
(Atas) Ni satu lagi contoh dalam kampung saya. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Tiang gol futsal yang dicuri, belia gotong royong gantikan, guna kayu je ni. Sementara ada bajet nanti, boleh guna dulu.Ibaratkan biarlah belia diberi pancing daripada diberi ikan, kelak pancing boleh menjadi pukat.



